BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Angkut ketum dalam lori makanan

TANAH MERAH, 7 April (Bernama) -- Polis mengesan taktik penyeludup daun ketum menggunakan lori yang membawa makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk melepaskan diri daripada sekatan jalan raya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata taktik licik itu dikesan selepas pihaknya berjaya merampas 2,000 kilogram daun ketum di dalam bungkusan plastik hitam yang disorokkan di bawah timbunan bihun dengan menggunakan sebuah lori dalam kejadian pukul 3.50 pagi tadi.

"Taktik itu dikesan apabila anggotanya berjaya menahan pemandu dan kelindan sebuah lori ketika rondaan di kawasan Kampung Air Asahan, Batu Gajah awal pagi tadi apabila lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Dalam pemeriksaan, kita mendapati lori berkenaan turut membawa daun ketum bernilai RM60,000 itu" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata kedua-dua suspek berumur 48 tahun dan 51 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan bekalan itu dipercayai untuk diedarkan di Pasir Puteh.
 
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dua lelaki terbabit direman selama empat hari bermula hari ini.

"Lori itu dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP memandangkan ia sebahagian ‘Essential Service’ ataupun Perkhidmatan Keperluan.

"Pihak kami akan mengetatkan kawalan di laluan khas di mana-mana sekatan bagi memastikan tiada lagi pihak yang mengambil kesempatan dengan kebenaran yang diberikan," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan pihaknya turut menahan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur 18 hingga 27 tahun berikutan terlibat dengan aktiviti dadah serta ingkar arahan PKP selepas berkumpul di sebuah rumah di Kota Bharu pada pukul 5.42 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan pihak kami menemui 1,400 pil kuda yang bernilai RM14,000 di dalam sebuah kereta seorang daripada suspek dan kesemua suspek lelaki mempunyai rekod lampau dan positif dadah manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod dan negatif dadah.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini, jika sabit kesalahan hukuman mati mandatori," katanya.
-- Bernama

Gambar hiasan daun ketum sumber mStar. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »