BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Amerika Syarikat catat lebih 890,000 kes.

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat semalam.

Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 8,000 kematian menjadikan jumlah kumulatif angka korban meningkat kepada hampir 196,000.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat kekal mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara dengan kematian melebihi 40,000.

Negara Uncle Sam itu merekodkan 51,000 kes kematian pada keseluruhannya, diikuti Itali dengan hampir 26,000.

Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk dengan 22,000 kematian.

Manakala, kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 2.8 juta orang setakat awal pagi ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan hampir 100,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 890,000 kes.

Sepanyol telah mengatasi Itali apabila mencatatkan pertambahan kes-kes positif apabila merekodkan 219,000 kes, manakala Itali hampir 193,000 kes.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »