BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian dibenarkan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi memberitahu, terdapat kekeliruan berhubung operasi dan aktiviti pertanian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . 

Berikut point penting yang dimaklumkan hari ini : 

Bekalan Makanan

• Semua aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian adalah dibenarkan.

• Ini termasuk penanaman padi, penangkapan ikan dan rantaian nilai berkaitan pertanian. Sebagai contoh kedai baja dibenarkan beroperasi dan juga kenderaan yang mengangkut barang-barang pertanian. 

• Industri yang berkaitan makanan dan ubat-ubatan seperti kilang kotak dan pek plastik juga dibenarkan beroperasi seperti biasa.

• Kilang-kilang ini perlu meminta kebenaran terlebih dahulu dan PDRM tidak akan menghalang operasi mereka.

• Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) memberi jaminan bekalan makanan mencukupi dan rakyat tidak perlu bimbang.

• Laporan yang mengatakan bahawa bekalan makanan tidak mencukupi adalah tidak benar. 

• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui pegawai penguatkuasa sentiasa memantau harga barangan.

• Jika didapati ada pihak menaikkan harga barangan keperluan, sila lapor kepada pihak KPDNHEP.

Pasar Selayang

• Terdapat laporan aktiviti di Pasar Selayang tidak mengikuti SOP dan penjarakan sosial. Kerajaan telah mengarahkan PDRM dan ATM untuk memastikan SOP dan Garis Panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa dipatuhi. 

PKP Hari Ke-19 dan Hari-5 PKP Tahap 2 dilaksanakan.

Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

• Semalam, 4 April 2020 - PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 745 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 331,839 kenderaan. 

• Sebanyak 25,554 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dan sebanyak 4,399 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa. 

• Ingin diingatkan bahawa pihak ATM juga menggunakan dron bagi membantu pihak polis untuk memantau di kawasan tertentu. 

• Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 368 individu di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana melanggar PKP. Jumlah yang ditangkap semalam berkurangan berbanding 413 tangkapan pada hari sebelumnya.

• Penurunan penangkapan adalah sebanyak 11 peratus. Penurunan trend penangkapan menunjukkan rakyat Malaysia semakin menyedari dan memahami kepentingan pematuhan PKP. 

• Jumlah direman semalam 309 individu dan 59 individu dijamin. 

• Kita telah masuk minggu ke-3 PKP. Tetapi masih terdapat segelintir masyarakat yang tetap berdegil dan akan membahayakan masyarakat.

• Saya ingin meminta orang ramai supaya memberi kerjasama kepada PDRM dalam pematuhan PKP. Terdapat insiden di mana segelintir individu yang bukan sahaja mengingkari PKP bahkan menghalang tugas pihak berkuasa. 

• Sebab itu ada yang didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukan lagi di bawah akta 342 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Operasi Sanitasi Awam COVID-19 

• Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyah cemar 83 kawasan di 11 negeri semalam (4 April 2020), termasuk 41 kawasan di Johor dan 13 kawasan di Kuala Lumpur. 

• Antara kawasan yang dinyah cemar termasuk rumah ibadat, pasar awam, pasar raya dan kawasan perumahan. 

• Turut dinyah cemar 32,268 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan yang berisiko tinggi. Kawasan yang dinyah cemar termasuk unit kediaman (luar dan dalam), surau, dewan serbaguna dan taman permainan. 

Pengurusan Pusat Kuarantin 

• Sebanyak 551 premis telah diwartakan sebagai Pusat Kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 432). 

• Kesemua Pusat Kuarantin ini boleh menampung lebih 40,000 individu, dan setakat hari ini 107 stesen telah beroperasi sepenuhnya. 

Kesesakan Penjara 

• Kerajaan juga sedang memerhati keadaan penjara-penjara di seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia telah pun memberi laporan akan status penjara dalam PKP. 

• Jabatan Penjara Malaysia akan berbincang dengan PDRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi mengatasi isu ini. 

Gelandangan 

• Kerajaan telah menempatkan gelandangan di 4 Dewan Serbaguna di sekitar Kuala Lumpur.

• Kemudahan asas dan makanan yang mencukupi akan diberikan kepada mereka sepanjang tempoh PKP. 

Rakyat Malaysia di India 

• Bagi rakyat kita yang berada di pusat kuarantin di India, Kementerian Luar Negeri sedang mengambil tindakan untuk mempastikan rakyat kita dapat kembali semula ke negara kita. 

Laporan Media 

• Saya percaya rakyat hari ini bergantung kepada media. Saya menyeru supaya media membuat pelaporan yang beretika. Siarkanlah berita yang benar bukan yang separuh benar ataupun palsu.

Saya juga menyeru seluruh rakyat, tolong patuhi perintah dan SOP pihak kerajaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »