BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ako akhirnya ditangkap


MIRI : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri akhirnya berjaya menangkap lelaki tempatan dikenali Ako yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan jenayah di sekitar Niah dan Suai.

Suspek berusia 30 tahun itu terbabit dalam kes samun berkumpulan bersenjata, curi kenderaan dan pecah rumah, ditangkap sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (JSJD) diketuai Inspektor Fredly Juing  jam 4.40 petang semalam di Simpang Jawa, Niah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang patah buatan sendiri  yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah itu. 
"Dengan penangkapan suspek kita percaya dapat menyelesaikan sebanyak dua kes samun berkawan menggunakan senjata api, dua kes samun berkawan tanpa senjata api, dua kes curi kenderaan, 14 kes curi motosikal serta 11 kes pecah rumah dan curi yang dilaporkan berlaku di Niah dan Suai sejak tahun 2016," katanya di sini hari ini.

Lim berkata, suspek yang juga  terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah itu kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seskyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »