BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ajal langgar pokok

KUCHING: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Laksamana,di sini, petang ini.

Dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali Clarence Goh Wei Ping, 34, beralamat di Taman Rosewood, Jalan Tabuan Dayak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihak menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.39 petang.

"Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta Produa Myvvi terbabas dan melanggar sebatang pokok. 

"Mangsa telah disahkan telah meninggal di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »