BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Agrobank tawarkan pembiayaan mikro RM50 juta

 KUCHING, 3 April-- Berikutan pengumuman Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) oleh kerajaan negeri Sarawak pada Selasa lalu, Agrobank berbangga untuk menyokong inisiatif terbaru negeri itu di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. SKMS dibangunkan untuk menyokong usahawan kecil terutamanya yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.
 
Skim ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 Mac.
 
Peruntukan tambahan yang membawa nilai keseluruhan pembiayaan SKMS kepada RM50 juta ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 62,000 usahawan B40 dan PKS di seluruh negeri itu.
 
Di bawah kerjasama ini, Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak akan menguruskan dan mengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta itu untuk menyokong pembangunan ekonomi usahawan B40 dan PKS di Sarawak.
 
Mengulas mengenai kerjasama itu, Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Negeri Sarawak sentiasa menjadi fokus utama perniagaan kami dan Agrobank akan terus komited untuk memperkasakan kumpulan B40 dan PKS di Sarawak menerusi pelbagai program pembiayaan mikro berstruktur kami."
 
“Berdasarkan jumlah pelanggan yang telah kami berikan perkhidmatan di Sarawak membuktikan bahawa aktiviti ekonomi di Sarawak terus rancak dan melalui program ini ia akan terus membuka lebih banyak peluang kepada usahawan B40 dan PKS serta ekosistemnya untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam masa yang mencabar ini. Inisiatif kerajaan negeri Sarawak ini adalah tepat pada masanya untuk menyokong perusahaan kecil dan utama di Sarawak terutamanya yang terjejas oleh COVID-19,” katanya.
  
Di bawah program pembiayaan ini, Agrobank menyediakan dua skim yang berbeza - Skim Kredit Mikro Sarawak 1 (SKMS 1) dan Skim Kredit Mikro Sarawak 2 (SKMS 2) yang bertujuan untuk menyokong usahawan B40 dan PKS dengan menyediakan sokongan kewangan yang tepat bagi menangani masalah mereka yang pelbagai dalam memenuhi keperluan perniagaan mereka.
 
SKMS 1 menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 dengan sifar kadar keuntungan yang akan diberikan kepada usahawan B40. SKMS 2 pula menawarkan pembiayaan antara RM5,000 hingga RM50,000 kepada usahawan PKS.
 
Sebagai tambahan kepada program pembiayaan ini, kerajaan negeri Sarawak juga telah mengumumkan untuk memberi moratorium segera sehingga enam (6) bulan bagi pembayaran semula bulanan untuk semua kemudahan pembiayaan yang diluluskan di bawah program ini. Keputusan ini adalah untuk meringankan beban kewangan perusahaan kecil terutamanya di kalangan usahawan B40 dan PKS dalam tempoh yang mencabar ini.
 
Agrobank menyediakan penyelesaian kewangan yang patuh syariah dan difokuskan untuk memberi impak yang positif kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi jangka panjang melalui amalan perniagaan yang mampan.
 
Solusi pembiayaan patuh syariah adalah untuk membantu perniagaan membawa perubahan positif yang juga sejajar dengan matlamat Bank Negara Malaysia bagi memacu amalan Perantaraan Berasaskan Nilai 3 (VBI) menerusi pembiayaan Islam.
 
Pemohon yang layak dan memenuhi definisi B40 dan kriteria PKS boleh menghubungi mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negari Sarawak atau hubungi Pusat Perhubungan Kuching kami di 082- 429077 atau 082 -424577 untuk mendapatkan maklumat berkaitan program pembiayaan ini.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / +6019-2258210
E-mel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my 

Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »