BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

9 kes positif, 17 sembuh hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan sembilan kes positif COVID-19 baharudilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 468 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, daripada sembilan kes tersebut, tujuh kes dari Daerah Kuching, satu kes dari Daerah Samarahan dan satu kes dari Daerah Serian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penguruan Bencana Negeri berkata, sebanyak 17 kes telah sembuh dan telah discaj dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan adalah 148 kes.

"Daripada 17 kes sembuh hari ini, 12 kes dari Daerah Kuching, 4 kes dari Daerah Samarahan dan 1 kes dari Daerah Betong," katanya pada sidang media harian hari ini.

Beliau berkata, bilangan PUI hari ini menurun sebanyak 147 kes berbanding 257 kes semalam dan jumlah PUI yang masih menunggu keputusan makmal
adalah sebanyak 499 kes.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »