BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

73 dikompaun RM1,000 langgar PKP


KUCHING: Sebanyak 73 dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam sejak 8 pagi semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, Daerah Padawan paling ramai dikompaun iaitu 22 iaitu Kuching - 19, Sibu - 12, Sarikei - 8 dan  Kota Samarahan - 3.

"Bagi daerah Bau jumlah di kompaun ialah 3, Saratok - 2, Simunjan - 1 orang, Kapit - 1, Kanowit - 1 dan Matu Daro - 1," katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Mereka yang dikenakan kompauan perlu membuat pembayaran di Pejabat Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ia dikeluarkan.

Dev berkata, sebanyak 14 individu degil ditangkap melanggar PKP dalam tempoh tersebut. 

Menurutnya, tangkapan mengikut daerah ialah Betong - 7, Limbang - 4, Miri - 1,  Sibu - 1 dan Kanowit - 1.

"Manakala jumlah orang dituduh 33 orang diikuti mengaku salah 30, tidak mengaku salah 1, dipenjara 6, didenda 21, menunggu laporan akhlak 3, waran tangkap tidak hadir mahkamah 2," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »