BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

7,000 kematian 24 jam, korban dunia 183,000


KUALA LUMPUR: Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia menghampiri angka 183,000 setakat awal pagi ini.
Ia pertambahan sekitar 7,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes kematian melebihi 20,000.

Astro Awani melaporkan, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dengan 46,000 kematian.

Negara Uncle Sam itu merekodkan pertambahan 2,600 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ini diikuti Itali yang mencatatkan pertambahan 485 korban dengan jumlah keseluruhan melebihi 25,000 kematian.

Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk terjejas dengan pertambahan lebih 500 korban, menjadikan jumlah keseluruhan 21,700 kematian.

Perancis merekodkan pertambahan 640 kes korban menjadikan jumlah keseluruhan 21,300 kematian.

United Kingdom (UK) pula mencatatkan pertambahan 800 korban baharu menjadikan jumlah keseluruhan 18,000 kematian.

Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk sejak sebulan lalu mula menunjukkan angka kematian yang semakin menurun dari hari ke hari.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »