BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

7 kes positif baharu, 290 pesakit masih dirawat



KUCHING: Sarawak merekodkan tujuh kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah sebanyak 485 kes. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 179 pesakit telah discaj atau sembuh dan 16 kematian telah dilaporkan setakat ini.

Menurutnya, sebanyak 290 pesakit masih lagi dirawat di empat (4) hospital iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Bintulu. 

"Buat masa ini, jangkitan COVID-19 ini masih lagi aktif dilaporkan berlaku di Sarawak terutama di daerah Kuching dan Kota Samarahan yang merupakan kawasan merah," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi menangani jangkitan dan penularan COVID-19 di Sarawak terutama di Daerah Kuching dan Samarahan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak terus menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk pengesanan kes secara aktif.

Selain itu katanya, pengesanan kontak rapat kepada kes positif, menjalankan saringan ujian COVID-19, membuat isolasi kes positif COVID-19 di dalam wad dan menempatkan kontak rapat kes melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Akta 342, samada di rumah ataupun di Stesen Kuarantin yang dikenalpasti.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »