BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

7 kes positif, 348 keseluruhan

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan tujuh lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 
348 kes.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, semua 7 kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

"Pada hari ini, sebanyak 155 kes baharu Person Under 
Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 
sebanyak 2,680 kes.

"Daripada jumlah itu, 2,155 kes adalah 
negatif dan 177 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya

Beliau berkata, Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar 
pematuhan PKP 97%.

"Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus 
mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan demi 
mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »