BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

7 kes baharu, 81 PUI

7 kes positif, 334 keseluruhan

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan tujuh lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes keseluruhan 334 kes.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Karim Hamzah berkata, semua tujuh kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, sebanyak 81 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,340 kes .

"Daripada jumlah itu, 1,774 kes adalah negatif dan 232 kes 
PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya dalam kenyataan media semalam.

"Statistik kes PUI baharu mengikut Daerah iaitu Kuching mencatatkan 53 kes, Samarahan 9, Miri 7, Bintulu 6, Bau 1, Lundu 1, Serian 1, Sarikei 1, Meradong 1
10 Kapit 1," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah 
sebanyak 97.2% pada hari ini.

Menurutnya, polis telah menangkap tiga orang di Sarawak kerana melanggar PKP dan 89 orang telah dikompaun.

"Sehingga hari ini, sejak tempoh PKP bermula 18 Mac, sebanyak 169 orang telah dikompaun, 556 orang telah ditanggkap dan 435 orang telah dituduh di Mahkamah," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »