BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

7 ditahan, kantoi lepas gian berzumba

SIBU: Hasrat untuk melepaskan gian berzumba ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima padah apabila diserbu sepasukan polis.

Dua lelaki dan enam wanita ditahan ketika melakukan aktiviti senaman zumba di sebuah gym di tingkat 1 sebuah premis di Lorong Salim kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Ariffin Bahar berkata, serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa terdapat aktiviti senaman zumba diadakan di gimnasium berkenaan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati pintu pagar berkunci dan dibuka selepas dipanggil beberapa kali untuk membuka pagar.

"Selain tidak mengendahkan kehadiran polis, mereka juga enggan bekerjasama apabila disoal, dalam masa yang sama mempersoalkan tindakan polis melakukan serbua," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudian diberkas dan dibawa ke Balai Polis Lanang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan kesalahan dibawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »