BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

6,000 pelajar S'wak dibawa pulang

KUCHING: Kerajaan Sarawak membuat persiapan membawa pulang lebih 6,000 pelajar Sarawak yang terperangkap di Semenanjung.

Sehubungan itu, perbincangan dilakukan bagi memudahkan urusan membawa balik pelajar meggunakan pesawat.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelajar akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kami membuat persiapan rapi kerana pesawat hanya dapat menampung sejumlah penumpang dalam satu masa sahaja," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membenarkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat, bermula Isnin ini.

Menurutnya, buat masa ini seramai 53,000 atau kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan penuntut akan dibenarkan pulang.

"Bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah atau Sarawak, penerbangan pulang ke negeri masing-masing akan disediakan oleh kerajaan.

"Bagaimanapun,pelajar yang akan pulang ke zon hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka dan mereka mesti menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari," kata Ismail Sabri.

Nancy yang juga ADUN Batang Sadong berkata, kebanyakan pelajar akan mendarat ke Kuching manakala selebihnya ke Sibu dan Miri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »