BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

6 kes positif, 2 sembuh

KUCHING: Sarawak merekodkan enam lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 403 kes.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua 6 kes tersebut berlaku di Kuching dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Menurutnya, sebanyak 135 kes baharu Person Under Investigation (PUI) 
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,319 kes.

"Daripada jumlah itu, 2,824 kes adalah negatif dan 92 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media hari ini.

Douglas berkata, sebanyak dua lagi kes positif telah sembuh iaitu di Kuching menjadikan jumlah kes yang sembuh sebanyak 57 kes dan telah discaj dari hospital di Sarawak.

"Daripada 57 kes tersebut, 32 kes dari Hospital Umum Sarawak, 13 kes dari Hospital Sibu, 9 kes dari Hospital Miri dan 3 kes dari Hospital Bintulu," katanya,

Beliau berkata, sebanyak 304 kes positif masih dirawat di Hospital Umum Sarawak dan juga di tiga step down center iaitu Kompleks Belia dan Sukan, Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak dan Institut Latihan KKM di Batu 13 Kuching.

"Pada hari ini terdapat 4 pesakit COVID-19 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak masih memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator) berbanding hari sebelumnya iaitu 5 orang," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 14 kes kematian telah direkodkan sejak kes kematian 
dilaporkan pada 17 Mac yang lalu. 

Katanya, daripada 14 kes tersebut, 12 kes dilaporkan di Hospital Umum Sarawak dan 2 kes dilaporkan di Hospital Miri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »