BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

55 lagi tiba ke Sarawak

KUCHING: Seramai 55 orang rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara / Semenanjung / Sabah / Labuan direkodkan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, ia menjadikan jumlah 
keseluruhan seramai 1,493 orang yang telah ditempatkan di Pusat Survelan sebagai PUS (Person Under Surveillance) di 16 buah hotel. 

"Daripada 16 hotel tersebut, 4 buah hotel di Bahagian Kuching, 2 buah hotel 
di Bahagian Bintulu, 9 buah hotel di Bahagian Miri dan dan sebuah hotel 
di Bahagian Limbang," katanya.

Beliau yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, 
Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan 
PKP 97%.

"Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yang  telah dikeluarkan oleh kerajaan demi mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak," katanya.

Gambar fail. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »