BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

52 lagi Anak Sarawak tiba

KUCHING - Seramai 52 orang rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara / Semenanjung/ Sabah / Labuan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 368 orang yang telah ditempatkan di Pusat Kuarantin sebagai PUS (Person Under Surveillance).


"Ia melibatkan Kuching Hock Lee 86 orang, Rajah Court Dormani (87), Bintulu Wasan Inn (16), Miri Mega (89), Somerset (32), Ostay Inn (5), Limbang Purnama (53)," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. 


Beliau menambah, keadaan keselamatan di Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan PKP 96.5%.

Menurutnya, semua agensi yang terlibat dengan operasi PKP terus melaksanakan kawalan dan pemantauan di negeri Sarawak serta melakukan operasi nyahcemar di semua kawasan Zon Merah dan Jingga bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »