BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

512 individu degil ditangkap, 402 didakwa di Mahkamah langgar PKP


KUCHING: Seramai 512 individu degil telah ditangkap sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak.

Manakala, individu yang didakwa di mahkamah sepanjang PKP 402 orang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Dev Kumar berkata, seramai 27 ditangkap sepanjang tempoh 24 jam bermula 8 pagi semalam.

"Tangkapan mengikut daerah iaitu Miri seramai 13 orang diikuti Kuching - 12 orang, Kota Samarahan - 1 orang dan Lundu - 1 orang," katanya.

Dev berkata, individu yang dituduh semalam ialah seramai 19 orang, orang mengaku  salah (12), tidak mengaku salah (12), tidak mengaku salah (4), jumlah dipenjara (4), jumlah didenda (5), menunggu laporan akhlak (3).

"Waran tangkap tidak hadir mahkamah ialah tiga orang dan jumlah orang dikompaun tujuh orang," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »