BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

50 petugas kesihatan Kuching positif

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, seramai 50 orang Petugas Kesihatan Kuching telah disahkan positif COVID-19 setakat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penguruan Bencana Negeri berkata, seramai 20 orang daripadanya merupakan sebahagian daripada Kluster Kuching Conference 

"Baki 30 orang adalah mereka yang melibatkan kluster-kluster kecil," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, seramai 234 orang lagi (Person Under Surveillance ) baru telah mendaftar masuk di hotel menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1,302 orang telah dikuarantin di 18 buah hotel di seluruh negeri Sarawak.

Menurutnya, seramai 578 telah lengkap menjalani tempoh kuarantin dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Katanya, Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan PKP 97%.

"Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yangtelah dikeluarkan oleh kerajaan demi mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »