BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

5 ditahan sabung ayam lepas gian


LIMBANG: Hasrat kaki sabung yang cuba melepaskan gian sabung ayam membawa padah.

Kegiatan mereka berjaya dihidu sepasukan polis sekali gus berjaya menahan lima kaki sabung yang gagal.

Mereka ditahan berusia 57 hingga 69 tahun bersembunyi sekitar semak lokasi berhampiran.

Suspek menjalankan aktiviti tersebut di kawasan tanah lapang bekas kuari batu di Kampung Ensurai.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.15 petang semalam beberapa suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata, hanya lima lelaki yang gagal meloloskan diri dan berjaya ditahan.

Mereka ditahan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan dan Penganiayaan Binatang (Sabung Ayam) 1963/Per 11 (1) PPPPB (No. 3) 2020.

Antara yang dirampas tiga helai kanvas, tiga ekor ayam mati, enam ekor ayam hidup, alat penimbang dan satu papan putih.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »