BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

41 PUS dikuarantin


KUCHING, 12 April (Bernama) -- Seramai 41 orang warga Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan hari ini ditempatkan di pusat-pusat kuarantin sebagai Individu Di Bawah Pengawasan (PUS) di negeri ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Sekretariat Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini, ia menjadikan keseluruhan individu yang dikuarantin di pusat-pusat itu seramai 753 orang.

"Kesemua individu yang dikuarantin itu telah ditempatkan di beberapa buah hotel di Kuching, Miri, Limbang dan Bintulu,” menurut kenyataan itu.

Di Kuching, 107 individu menjalani kuarantin di Hotel Hock Lee, Hotel Rajah Court Dormani (85) dan Kuching Park (78), sementara di Miri, mereka yang ditempatkan di Hotel Mega (81), Somerset (45), Ostay Inn (13), Cosy Inn (40), Imperial Palace (63) dan Eastwood Resort (13).

Manakala di Limbang, 88 individu dikuarantin di Hotel Purnama dan Bintulu di Park City Everly (140 individu).
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »