BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

400 pekerja Thailand cuba masuk dari Malaysia ditahan

NARATHIWAT, 19 April (Bernama) -- Pihak berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia selepas lima pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula semalam.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Ke-4 Mej Jen Kriangkrai Srirak berkata kira-kira 300 rakyat Thai melintas sempadan hari ini tanpa berdaftar dengan Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Konsulat Jeneral di Pulau Pinang atau Kelantan, atau kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen ‘boleh melakukan perjalanan’.

Semalam, beliau berkata 130 ditahan semasa sedang melintas sempadan untuk masuk ke negara ini.

“Kesemua mereka didenda 800 baht dan dihantar ke fasiliti negara untuk menjalani kuarantin 14 hari,” katanya.

Rakyat Thailand itu yang kebanyakannya bekerja di ladang kelapa sawit dan getah serta kapal nelayan di Malaysia pulang ke tanah air selepas Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac dan menutup pusat pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara sejak 23 Mac.
 
Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata sebanyak 2,548 rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia telah mendaftar untuk pulang ke tanah air setakat bulan ini.

Beliau berkata sejak pusat pemeriksaan sempadan darat Thailand dan Malaysia dibuka semula semalam, pihak berkuasa relevan mengehadkan kira-kira 350 rakyat Thai dibenarkan pulang ke tanah air setiap hari.

“Pada hari pertama pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula, 266 rakyat Thailand telah mendaftar untuk pulang manakala 303 orang hari ini,” kata pada taklimat harian COVID-19 di Bangkok hari ini.

Katanya kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dan semua Pejabat Konsulat di Malaysia telah memberikan bantuan seperti bungkusan penjagaan diri, makanan dan barangan keperluan kepada 10,396 rakyat Thailand di Malaysia.
- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »