BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

4 kes positif, 459 keseluruhan


KUCHING: Sarawak merekodkan empat kes positif  COVID-19 baharu dilaporkan menjadikan jumlah  keseluruhan sebanyak 459 kes.

Ahli Jawatankuasa Operasi Covid-19 Negeri Datuk  Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 27
kes telah sembuh dan telah discaj dari hospital  dimana 21 kes dari Hospital Umum Sarawak.

"Dua kes sembuh lain di Hospital Sibu dan 1 kes  di Hospital Bintulu dan 3 kes di Hospital Miri,"  katanya pada sidang media harian pandemik  Covid-19 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua  Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini  semalam.

Beliau berkata, bilangan PUI hari ini meningkat  sebanyak 257 kes berbanding 155 kes semalam  adalah disebabkan oleh Pasukan Bertindak telah
mempertingkatkan Contact Tracing di Bahagian  Kuching.

"Pada hari ini, terdapat pertambahan 2 Daerah  baharu yang sebelum ini
dikategorikan sebagai kuning dan menjadi hijau  iaitu Sibu dan Sarikei," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »