BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

32 kes postif, jumlah 188 kes

32 kes baharu, tiada kematian 

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 32 kes baharu positif 
COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes keseluruhan sebanyak 188 kes
sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kesemua 32 kes 
baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Beliau berkata, daripada 32 kes tersebut, (31) adalah dari Kuching dan (1) dari Samarahan.

Katanya, kebanyakan kes positif yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada 
mereka yang telah membuat saringan di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching.

"Sejak 21 Mac yang lalu, seramai 2,228 orang telah hadir di Kompleks Belia 
dan Sukan, 1,160 sampel telah diambil. Sebanyak 49 kes adalah positif, 
771 adalah negatif dan 340 masih menunggu keputusan makmal.

"Saya merakamkan penghargaan kepada individu yang secara sukarela yang 
telah membuat saringan.

"Sekali lagi kita juga menyeru kepada orang awam 
yang mempunyai kontak rapat kepada mana-mana kes positif untuk pergi 
membuat saringan dengan kadar segera agar kita dapat mengesan pesakit 
dan kita juga berusaha untuk memutuskan jangkitan ini daripada terus 
merebak," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 66 kes baharu Person Under Investigation (PUI) 
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,288 kes. 

Katanya, daripada 
jumlah itu, 1,045 kes adalah negatif dan 55 kes PUI masih menunggu 
keputusan makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »