BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

300 lari dalam hutan takut Covid-19

PERKAMPUNGAN Orang Asli Kuala Koh di Kelantan, sunyi selepas lebih 300 penduduknya berpindah ke kawasan hutan sejak dua minggu lalu.

Tindakan itu diambil selepas mereka menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak penularan Covid-19 tidak berkesan.

Harian Metro melaporkan, mereka membina khemah dalam hutan yang jauh daripada kampung itu dan lokasi berkenaan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Guru Agama Islam Orang Asli Kampung Kuala Koh, Mohd Fadzly Mahmod berkata, penduduk turut berpindah lokasi sepanjang di dalam hutan berkenaan.

“Penduduk hanya tinggal di satu-satu tempat kira-kira seminggu sebelum berpindah ke lokasi lain yang sukar dikesan.

“Mereka berpindah ke hutan kerana bimbang dijangkiti Covid-19. Ia umpama apa yang menimpa 15 anggota masyarakat Orang Asli yang meninggal dunia akibat demam campak, Jun tahun lalu.

“Saya sendiri terkejut apabila mendapati kampung berkenaan sunyi tanpa kelibat Orang Asli sebaik tiba pagi tadi,” katanya.

Menurut Mohd Fadzly, penduduk berkenaan berpindah secara berperingkat ke kawasan hutan dan semua rumah ditinggalkan kosong.

Sementara itu, Majlis Belia Jajahan (MBJ) yang ingin menghulurkan bantuan makanan hari ini terpaksa berpatah balik.

Yang Dipertuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, pihaknya mahu mengagihkan sumbangan kerana sukar untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang PKP.

“Kebiasaannya, apabila ada pihak datang ke kampung ini untuk menghulurkan bantuan makanan, penduduk akan berkumpul.

“Namun hari ini, kami terkejut kerana tiada sesiapa di kampung ini,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »