BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

28 positif, 239 kes keseluruhan

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 28 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 239 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sebanyak 25 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan tiga kes di Hospital Miri. 

“Pada hari ini, sebanyak 130 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,509 kes.

“Daripada jumlah itu, 1,130 kes adalah negatif dan 140 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Douglas berkata, bagi PUI baharu di Daerah Kuching hari ini adalah sebanyak 52 kes yang mana 16 kes adalah yang telah di saring di Kompleks Belia dan Sukan dan 36 kes adalah daripada Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu katanya, sehingga hari ini, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah sebanyak 95.5%.

Semalam pihak polis telah menangkap 32 orang di Sarawak kerana melanggar PKP. Seramai 44 orang telah dituduh di Mahkamah pada 2 April.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »