BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

26-30 dan 56-60 dua golongan umur paling tinggi kes positif Covid-19

PUTRAJAYA, 31 Mac -- Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua kumpulan itu mungkin terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dan ketua keluarga yang sering keluar membeli barangan keperluan rumah. 

"Faktor yang pertama yang muda itu, kami rasa mungkin daripada pelajar atau mereka yang kembali dari luar negara. 

Ataupun sering keluar walaupun Perintah Kawalan Pergerakan, mereka keluar dan bergaul. 

"Kategori kedua pula peringkat ketua rumah yang selalunya keluar untuk membeli barangan dan sebagainya. Jadi dijangkiti apabila mereka keluar," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini. 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »