BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

24.62 juta topeng muka dalam proses pengedaran kepada JPBN

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti diumumkan Kerajaan akan mengagihkan secara percuma 4 keping topeng muka kepada setiap isi rumah. 

Seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya mereka yang bergejala perlu memakai topeng muka.

Berikut point penting dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-22 dan Hari-8 PKP Tahap 2 sebentar tadi : 

• 24.62 juta topeng muka sedang dalam proses pengedaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk diedarkan kepada daerah-daerah.

• Penghantaran topeng muka ke Sabah, Sarawak dan Labuan akan disegerakan dengan bantuan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari Jumaat ini.

• Pengagihan di peringkat daerah akan diselaraskan oleh petugas frontliners dari rumah ke rumah. 
Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
• Semalam, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 758 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 441,893 kenderaan. 

• Sebanyak 35,263 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dan sebanyak 5,580 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa. 
• Polis telah menahan 454 individu di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana melanggar PKP. Jumlah yang ditangkap semalam meningkat berbanding 403 tangkapan pada hari sebelumnya.

• Berbanding kelmarin, kadar tangkapan ini meningkat kepada 13 peratus. Masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang degil dan ingkar perintah PKP. 
• Tindakan lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar kepada perintah PKP.

• Daripada 454 individu yang ditahan semalam, jumlah yang direman - 380 individu dan dijamin - 74 individu. 
• Seramai 630 individu dituduh di mahkamah semalam. 
• Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga 7 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 6,905 individu. 

Operasi Sanitasi Awam COVID-19 
• Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 807 operasi sanitasi di 86 zon termasuk 21 Zon Merah dan 18 Zon Jingga. 

• Semalam (7 April), sebanyak 141 operasi sanitasi meliputi 54 zon di 12 negeri, termasuk 39 kawasan di Johor dan 27 kawasan di Melaka. 
• Kawasan yang turut dinyah cemar, 621 bangunan kerajaan dan 370 tempat awam. 
• Sebanyak 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan 12,459 unit rumah telah dinyah cemar dan sebanyak 14 PPR di dalam proses nyah cemar yang melibatkan 19,342 unit rumah. 
Tabung COVID-19

• Setakat 7 April 2020, Tabung COVID-19 telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM22.66 juta.

• Daripada jumlah itu, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menerima RM5.68 juta bagi Fasa 1 untuk pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19, terutamanya yang berada di kawasan di bawah PKPD. 
• Bagi Fasa 2, RM9.06 juta akan disalurkan ke Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) dan YKN untuk meningkatkan kemampuan pengagihan bantuan.

• Selain tabung rasmi yang diwujudkan kerajaan iaitu Tabung COVID-19, rakyat Malaysia termasuk syarikat korporat telah membuktikan keprihatinan mereka dengan mewujudkan tabung bagi membantu Kerajaan memerangi wabak COVID-19. 

• Sekali lagi Kerajaan mengucapkan terima kasih. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan semua tabung kutipan COVID-19 didaftar dengan Kementerian Kewangan untuk tujuan pengecualian cukai. 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 
• Semalam, Kerajaan telah melaksanakan arahan ke-4 PKPD di bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 

• Untuk makluman, 97 peratus daripada penghuni kedua-dua premis adalah warga negara asing. Justeru, keperluan harian termasuk makanan adalah di bawah tanggungjawab Kedutaan masing-masing.

• Kementerian Luar telah memaklumkan kepada kedutaan terbabit untuk mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan warga mereka. 
• Walaubagaimanapun, jika mereka memerlukan sebarang bantuan, boleh berurusan terus dengan Pusat Operasi PKPD di premis itu. 

Pengurusan Pusat Kuarantin 
• Setakat 7 April 2020, sebanyak 127 Pusat Kuarantin termasuk 12 buah hotel telah beroperasi di mana 8,153 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib. 
• Semalam (7 April 2020) seramai 697 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air, dengan semuanya telah dikuarantin wajib manakala 18 individu dihantar ke hospital. 
• Isu Pusat Kuarantin di hotel bertaraf 4 dan 5 bintang yang diwartakan masih ditimbulkan. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan hanya memperuntukan RM150 seorang setiap hari. Jumlah RM150 adalah untuk bayaran bilik, makan dan minum 3 kali sehari. 
• Juga timbul isu yang dikatakan hotel tidak bersetuju dengan kadar RM150. Isu ini tidak timbul kerana Kerajaan telah mendapat persetujuan dengan hotel-hotel yang diwartakan bagi kadar RM150 ini. 

• Kerajaan juga dalam proses mewartakan 67 hotel lagi, menjadikan keseluruhan 112 hotel sebagai Pusat Kuarantin. Bagi hotel-hotel yang berminat untuk dipilih sebagai Pusat Kuarantin, boleh menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

• Pusat Kuarantin di seluruh negara dicadangkan dan dipilih oleh Kerajaan Negeri, di mana JBPN yang menentukan pusat kuarantin di negeri masing-masing. 

• Percayalah kerajaan tidak akan biarkan rakyat susah dan sedaya-upaya memberikan layanan terbaik kepada rakyat kita.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »