BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

2 kematian, 121 kes dibenarkan pulang

PUTRAJAYA: Sebanyak 121 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan individu yang pulih daripada wabak berkenaan ialah 1,608 orang atau 36 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kes wabak COVID-19 di negara ini terus mencatat perkembangan positif apabila jumlah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan setakat Khamis melebihi rekod jangkitan baharu.

 Menurutnya, terdapat 109 kes baharu yang telah dilaporkan setakat hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,228 kes.

“Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

"Sehingga kini, seramai 72 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 43 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian hari ini.




Dr Noor Hisham berkata, dua lagi kematian dilaporkan di negara ini akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 67 kes atau 1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa kes ke-66 dan ke-67 masing-masing merupakan warganegara Malaysia.

“Kes kematian ke-66 (kes ke-2798) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain.

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5 pagi.

“Kes kematian ke-67 (kes ke-2864) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (iaitu kes ke2469 dan kes ke-2470) dan merupakan kes generasi kelima kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini).

"Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »