BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

2 kematian, 10 kes positif baharu

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan dua kes kematian dan menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 12 kes. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kematian ini adalah dari Hospital Umum Sarawak.

Menurutnya, mangsa kematian ke-11 merupakan seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Sebah Height, Kuching.

Beliau telah dikesan positif COVID-19 pada 28 Mac yang lalu. 

"Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak dan meninggal pada 04 April jam 1.37 petang," katanya.

Beliau berkata, mangsa kematian ke-12 merupakan seorang lelaki berumur 53 tahun dari Batu Kawa, Kuching. 

Katanya, kes telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac dan disahkan positif COVID-19 pada 2 April. 

"Mangsa meninggal dunia pada 5 April jam 12.39 pagi. Setakat ini belum dipastikan kes telah mempunyai kontak dengan orang yang telah disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata, seramai 10 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 264 kes sejak kes positif pertama. 

Katanya, daripada 10 kes tersebut, 9 kes ini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Sibu.

"Pada hari ini, sebanyak 50 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,629 kes. 

"Daripada jumlah itu, 1,304 kes adalah negatif dan 61 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »