BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

19,609 bekalan makanan diagih Bahagian Mukah


MUKAH: Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah berjaya melakukan penghantaran makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang ditetapkan.
 
Sebanyak 19,609 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mendapat bekalan makanan masing-masing.

DUN terbabit ialah Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Dalat, Semop, Daro dan Jemoreng.

Bagaimanapun hanya tiga peratus belum dihantar ekoran bekalan beras dari Sibu terhad dan ia diatasi menerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah yang diketuai Hamidah Bekir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, semua Ketua Isi Rumah mendapat pengagihan bekalan makanan yang disalurkan kerajaan.

Menurutnya, bagi yang tercicir sila segera berhubung dengan Ketua Kaum  atau tuai rumah atau Kapitan di kawasan masing masing dengan segera untuk mendapatkan agihan.

"Bagi kawasan DUN Jemoreng 3,993 bekalan makanan telah dihantar kepada KIR iaitu 91.12 peratus.

"Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai kerajaan yang terlibat di pejabat residen, daerah, PDRM, Rela KMKK dan sukarelawan dari Pusat Pusat Khidmat ADUN di kawasan Bahagian Mukah," katanya.

Beliau berkata, di kawasan Igan, pekerja Indonesia yang terlibat dakan kontrak bina baru Dewan Masyarakat Igan yang terkandas di Kampung Igan juga mendapat agihan daripada KK Kampung Tengah Igan, Rosnah Sahari.

"Kita kasihan melihat mereka terputus bekalan, namun ia telah disalurkan," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »