BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

18 lagi kes positif COVID-19


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 18 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 306 kes keseluruhan.

Daripada 18 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, 3 kes di Hospital Sibu dan 1 kes dirawat di Hospital Miri.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 67 kes baharu Person Under Investigation
(PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,864
kes.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, daripada jumlah itu, 1,503 kes adalah negatif dan 55 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

"Statistik kes PUI baharu mengikut daerah iaitu Kuching 38, Samarahan 14, Miri 5, Betong 3, Bintulu 2, Bau 1, Saratok 1, Sarikei 1, Sibu 1 dan Marudi 1.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »