BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 positif, 363 kes keseluruhan

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 15 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 363 kes.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, semua 15 kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Menurutnya, sebanyak 119 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,799 kes.

"Daripada jumlah itu, 2,284 kes adalah negatif dan 152 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu katanya, kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah sebanyak 97%.

Menurutnya, semalam pihak Polis telah menangkap 21 orang di Sarawak kerana melanggar PKP dan 137 orang telah 
dikompaun.

"Sehingga hari ini, sejak tempoh PKP bermula 18 Mac, sebanyak 511 orang telah dikompaun dan 607 orang telah ditanggkap," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »