BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 positif, 254 kes dalam siasatan


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 15 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 327 kes kseluruhan.

Daripada 15 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes di HospitalBintulu.

Timbaan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 254 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,259 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 1,696 kes adalah negatif dan 327 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Beliau berkata, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah 
sebanyak 97.2%.

"Semalam pihak polis telah menangkap 14 orang di Sarawak kerana melanggar PKP dan 33 orang telah dituduh di Mahkamah.

"Dari jumlah tersebut, 30 orang telah mengaku salah, manakala seramai 6
orang telah dipenjara, 21 orang telah dedenda dan 73 orang telah 
dikompaun," katanya,

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »