BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 kes positif , 288 keseluruhan


KUCHING: Sarawak merekodkan 15 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak (peta pada link) sebanyak 288 kes keseluruhan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, daripada 15 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Miri.

"Pada hari ini, sebanyak 92 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,797 kes.

"Daripada jumlah itu, 1,409 kes adalah negatif dan 100 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, bagi kes PUI di Daerah Kuching, sebanyak 41 kes PUI telah disaring dimana 8 kes PUI telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 33 kes PUI telah disaring di Hospital Umum Sarawak.

"Statistik Kes PUI baharu mengikut daerah, Kuching mencatatkan 41 kes, Betong 14, Serian 13, Miri 11, Samarahan 5, Bintulu 5, Asajaya 1, Saratok 1 dan Tebedu 1.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »