BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

1,493 dikuarantin 16 hotel

KUCHING: Seramai 1,493 orang telah dikuarantin di 16 buah hotel 
di seluruh negeri Sarawak.

Daripada 1,493 seramai 186 telah lengkap 
menjalani tempoh kuarantin dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, seramai tujuh orang lagi (Person Under Surveillance) baharu telah mendaftar masuk di hotel hari ini.

"Daripada jumlah tersebut, 5 orang
daripadanya ditempatkan di Wasan Inn, Bintulu dan 2 orang di Hotel Purnama, Limbang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata,
Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan 
PKP 97%.

"Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan demi mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak," katanya.

Semalam pihak polis telah menangkap 141 orang kerana melanggar PKP.

Katanya, sehingga hari ini, sejak tempoh PKP bermula 18 Mac, sebanyak 1,235 
orang telah ditangkap.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »