BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

100 pelajar perubatan SEGi dapat sarapan percuma

SIBU - Kira-kira 100 pelajar perubatan SEGi University yang menjalani latihan fasa klinikal di Hospital Sibu menerima sumbangan sarapan percuma Ahad lalu daripada Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Robert Lau Hui Yew.

Sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap pelajar-pelajar dari Sarawak, Sabah, Semenanjung dan luar negara yang berjauhan dengan keluarga masing-masing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dihargai oleh Dekan Fakulti Perubatan SEGi University Prof. Dr. Mohammad Raili Suhaili.

Sarapan yang didapatkan daripada sebuah restoran makan segera itu disampaikan ke rumah-rumah pelajar-pelajar terbabit oleh presiden SEGi University Medical Society (SUMS) Edwin Loh Mun Kit.

"Kami berterima kasih kepada Encik Robert Lau Hui Yew di atas kemurahan hati dan sokongan beliau kepada kami yang berada di Sibu," katanya  SEGi University adalah satu-satunya universiti yang menawarkan latihan fasa klinikal program perubatan di Hospital Sibu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »