BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

10 lelaki termasuk ketua kumpulan jenayah ditahan

IPOH, 7 April (Bernama) -- Seramai 10 lelaki termasuk ketua kumpulan itu yang disyaki terlibat dengan beberapa kes jenayah sejak 2015 hingga 2019 berjaya ditahan dalam satu serbuan di sini pada 13 Mac lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata kesemua tangkapan berumur antara 27 hingga 50 tahun ditahan hasil Op Cantas Subaru Kanthan yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) JSJ Bukit Aman sejak Oktober lepas.

"Kumpulan ini telah terlibat dengan beberapa kes jenayah iaitu bunuh, pergaduhan yang mendatangkan cedera parah dan khianat terhadap harta benda bermula 2015 hingga tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan ke atas semua tangkapan yang beralamat di Ipoh dan Batu Gajah itu mendapati mereka mempunyai rekod jenayah kekerasan serta dadah.

Katanya, pihak polis kini masih memburu beberapa suspek yang dipercayai anggota kumpulan sama yang masih bebas.
 
"Bagi membendung kumpulan ini daripada terus berleluasa, peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah dilaksanakan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 130V BAB VI B Kanun Keseksaan," katanya.

Menurut Razarudin, kesemua suspek kini ditahan reman selama 28 hari sehingga Khamis ini di bawah Peruntukan Seksyen 4(5) SOSMA.

Katanya, kertas siasatan berhubung kes itu telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Beliau berkata susulan itu, pertuduhan ke atas 10 lelaki tempatan itu akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Ipoh esok.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »