BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

1 kematian, 22 kes positif COVID-19


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan seorang lagi kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian  adalah 15 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata,  mangsa ke-15 kes kematian adalah seorang lelaki  berumur 69 tahun.

Menurutnya, kes telah mula sakit pada 3 April dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 6 April.

"Keputusan sampel kes pada 7 April adalah positif untuk COVID-19. 

"Kes mempunyai co-morbid dan  telah meninggal dunia pada 21 April jam 2.28 pagi," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kes tidak mempunyai  sejarah kontak kepada mana-mana kes positif COVID-19 yang dikenalpasti  setakat ini.

Beliau berkata, sebanyak 22 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 436  kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac.

Menurutnya, kesemua 22  kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, sebanyak 190 kes baharu Person Under  Investigation (PUI) dilaporkan dan 191 kes PUI masih menunggu keputusan  makmal.

"Pada hari ini terdapat (20) lagi kes positif telah  sembuh dan telah discaj dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes  adalah 88," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »