BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga Myanmar maut dilanggar lari

MUKAH: Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah dilanggar lari berhampiran tempat kerjanya, Press Metal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu,mangsa berusia 32 tahun sedang berjalan kaki balik dari kedai runcit yang terletak tidak jauh dari situ.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan raya.

"Kita percaya mangsa telah dilanggar lari oleh kenderaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mamgsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Mukah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »