BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas hilang ketika memancing

SARATOK:Seorang lelaki warga emas hilang ketika pergi memancing di rumah panjang Mawan Kawit Krian,di sini, pagi tadi.

Mangsa Empangau ak Kasa,73, berjaya dijumpai pada jam 2.10 tengah hari ini oleh penduduk rumah panjang.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Pasukan Bomba bersama agensi lain membuat pencarian radius 2 kilometer di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa berjaya dijumpai penduduk rumah panjang yang jaraknya 200 meter dari lokasi terakhir mangsa di lihat.
"Mangsa dijumpai dalam keadaan selamat, namun berada dalam keadaan lemah telah dihantar ke hospital saratok untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »