BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas dibaham buaya


SARIKEI: Seorang warga emas lelaki dibaham buaya ketika mengambil umbut apong di sungai Mekam-Sare, Jakar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Lingai ak Rabong,78.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 12.20 tengah hari dari Balai Polis Jakar. 

"Penduduk kampung melihat buaya timbul di permukaan sungai sambil mengheret mangsa menuju ke tengah sungai Mekam,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) melakukan pencarian menggunakan teknik pencarian di air anggaran radius 3 kilometer dari tempat mangsa dikatakan dilihat dibaham buaya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut membabitkan pihak polis dan penduduk kampung.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »