BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita 103 tahun pulih Covid-19

ANKARA, 18 Mac -- Seorang wanita Iran berusia 103 tahun berjaya pulih daripada penyakit COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut rektor Universiti Sains Perubatan Semnan, Nevid Danayi, wanita itu dibenarkan keluar hospital selepas disahkan pulih sepenuhnya, menjadi warga tertua kedua yang sembuh daripada COVID-19.

Bagaimanapun, Danayi tidak mendedahkan butiran identiti mangsa. 

Pada minggu lalu, pihak berkuasa China berkata seorang individu juga berusia 103 tahun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan selama enam hari.

Di seluruh dunia, lebih 198,500 kes disahkan, jumlah kematian pula mencecah lebih 7,900 orang manakala lebih 82,500 pesakit pulih.
--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »