BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wang tunai RM250,000 dalam peti besi di rumah Syed Saddiq hilang

KUALA LUMPUR, 30 Mac -- Sejumlah wang tunai kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Petaling Jaya di dilaporkan hilang, Sabtu lalu.

Laporan media menyebut Ali Parlimen Muar itu menyedari wang tersebut didapati hilang kira-kira jam 7 malam selepas kali terakhir beliau membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lalu.

Justeru, beliau turut menegaskan bahawa wang tunai yang hilang itu bukan wang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti dilaporkan media.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP  Nik Ezanee Mohd Faisal, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian kecurian di kediaman bekas menteri itu. 

“Seorang pembantu rumah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »