BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Uggah selar janji PSB


BETONG - Uggah selar tindakan sebar janji ubah Kanun Tanah Negeri hanya untuk raih sokongan rakyat.
Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak sepatutnya menjanjikan harapan yang tidak mampu ditunaikan kepada rakyat.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, contohnya PSB berjanji akan mengkaji malah mengubah Kanun Tanah Negeri yang melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sekiranya berkuasa selepas pilihan raya negeri akan datang.
"Tindakan mengubah atau mengkaji semula Kanun Tanah Negeri ke atas NCR seperi yang dicadangkan Ketua Pemuda mereka baru-baru ini bukan mudah dilakukan atau beranggapan ianya hanya tindakan ringan semata-mata," jelas Uggah.
Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Gabungan Parti Sarawak peringkat Bukit Saban di Rumah Simon Bonifis di Babu dan Rumah Ambu di Suri Tengah, Betong, kelmarin.
Tambahnya, tindakan parti itu mengeluarkan janji sedemikian dianggap lebih kepada untuk menghasut pemilik NCR.
"Sebagai Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, saya memang bingung dengan cadangannya.
"Kita telah melakukan pindaan yang jelas yang memberi faedah dan telah diterima oleh majoriti pemilik.
"Ini telah dilakukan dengan konsultasi panjang, teliti dan terperinci, rundingan bersama pakar, intelektual dan pemimpin dari masyarakat itu sendiri.," tambahnya.
Uggah berkata, parti tersebut bergerak aktif pada masa ini dengan teori dan dasar mereka yang kononnya membantu masyarakat dayak luar bandar.
"Malah kritikan mereka kepada kerajaan GPS amat jelas memandangkan pilihan raya negeri akan diadakan selepas ini," katanya.
Dalam pada itu, Uggah mendedahkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukan RM40 juta untuk melaksanakan kerja pengukuran NCR di bawah Seksyen 18 pada tahun ini.
Katanya, pengukuran itu dilakukan selepas Seksyen 6 serta surat pemilikan tanah akan dikeluarkan kepada pemilik NCR.
"Seksyen 6 ini ialah untuk pengukuran NCR dan tanah negeri.
"Ianya jelas tiada tindakan kerajaan untuk merampas tanah rakyat seperti yang didakwa sebelum ini," tambahnya.
ENDS WITH PIXS

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »