BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

TYT Sumbangkan peralatan bernilai RM120, 500 untuk kegunaan ICU SGH


KUCHING - ISNIN, 30 MAC 2020 : TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib pagi ini menyumbangkan pelbagai peralatan perubatan dan keperluan bagi kegunaan wad Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak.

Tun Taib menyumbangkan 1 unit Portable Ultrasound Linear Probe, 5 unit alat Anti DVT, 2 Unit Fibreoptic Scope dan 2 unit Syringe Pump yang berjumlah RM120,500 untuk kegunaan wad rawatan rapi dalam usaha merawat pesakit-pesakit wabak koronovirus (COVID-19).

Penyerahan tersebut diketuai oleh Datu Haji Mustapa bin Han, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri kepada Dr Ngian Hie Ung, Pengarah Hospital Umum Sarawak dan Dr Teo Shu Ching, Ketua Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak di sini.

Selain itu, Tun Taib juga turut menyumbang 700 pek makanan dan air mineral kepada Bilik Gerakan IPK Sarawak untuk diagihkan kepada petugas-petugas PDRM, ATM dan RELA yang bertugas melakukan sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tun Taib menyeru agar semua rakyat Sarawak dapat memberi kerjasama dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus (COVID-19), yang merupakan tanggungjawab bersama. Kerjasama semua Anak Sarawak amatlah diperlukan supaya petugas barisan hadapan dapat menumpukan perhatian terhadap pengesanan, rawatan dan membanteras wabak koronovirus ini. 

Selain itu, Tun Taib juga menasihatkan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan penularan berita-berita palsu di media sosial dan hanya mendapatkan maklumat dan laporan sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »