BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tutup untuk orang awam, tidak untuk staf

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

KUALA LUMPUR- Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam di Jabatan dan Agensi ditutup serta merta berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Nancy Shukri berkata, tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19. 
"Semua Ketua Jabatan dan Agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit.  

"Fasiliti kendalian Jabatan dan Agensi di bawah MoTAC adalah seperti berikut dengan perincian seperti di Lampiran A.
i. Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
ii. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
iii. Jabatan Warisan Negara (JWN)
iv. Arkib Negara Malaysia (ANM)
v. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA)
vi. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
vii. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
viii. Istana Budaya; dan
ix. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC)
"Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut staf salah satu jabatan, arahan penutupan hanyalah terhadap orang awam bukanlah staf.

"Staf masih perlu ke tempat kerja seperti biasa, tidak cuti," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »