BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tujuh kawasan Zon Merah dikenal pasti


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenalpasti tujuh bahagian Zon Merah di seluruh Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Zon Merah dikenal pasti ialah Bahagian Kuching yang merekodkan 69 kes positif COVID-19.

"Selain itu, Zon Merah yang dikenal pasti ialah bahagian Samarahan mencatatkan 16 kes positif diikuti Betong (8), Sarikei (6), Bintulu (5), Miri (9), Limbang (6)," katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, manakala Zon Kuning dikenal pasti ialah bahagian Serian yang merekodkan tiga kes, Sibu (3), Mukah (1), Matu (1), Lawas (1) dan Simunjan (1).

Semalam Menteri Pertahananan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub mencadangkan keputusan untuk nyahkuman tempat awam di seluruh negara.

Operasi nyahkuman akan dilaksanakan di lokasi dikenal pasti sebagai zon merah jangkitan COVID-19 apabila merangkumi premis awam yang menjadi tumpuan ramai seperti pasar dan masjid.

Sementara itu, sebanyak 13 Pusat Kuarantin yang telah digunakan untuk pesakit COVID-19. 

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak masih dalam usaha  mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pusat Kuarantin di Daerah-daerah yang lain. 

Selain itu, semua pekerja Offshore Oil & Gas termasuk yang dari luar Sarawak 
dikehendaki menjalani Perintah Kuarantin selama 14 hari di Sarawak sebelum pergi ke pelantar.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »