BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tuduh Sarawak bankrap, punca Dap ditolak

GEDONG: GPS Sarawak tidak akan bekerjasama dengan DAP yang menuduh Sarawak akan bankrap.

Demikian tegas ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari pada Sesi Townhall Berambeh dengan CM Abang Jo disini, pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin DAP juga menyebabkan banyak projek infrastruktur Sarawak ditarik balik seperti pembinaan jambatan yang menghubungkan sepanjang kawasan pesisir pantai.

Menurutnya, GPS tidak dapay bekerjasma adengan DAP kerana parti mempunyai niat tidak baik semasa pentadbiran

Abang Johari menegaskan, pihaknya meletakkan tiga syarat dalam pembentukan kerajaan baharu persekutuan Perikatan Nasional (PN) bersama GPS. 

Antara syarat penerimaan untuk menyertai pembentukan kerajaan baharu persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  hak Sarawak mesti diakui.

Selain itu, undang-undang Sarawak ke atas hak minyak dan gas mesti diakui dan GPS tidak mahu menyertai PN dan hanya sebagai rakan kepada PN.

“Ada orang lamar kita Sarawak untuk jadi rakan kerajaan pusat di bawah Muhyiddin. Kalau niat baik, kita sambut dengan baik. 

“Selepas rundingan antara GPS (Tan Sri James Jemut Masing, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Seri Tiong King Sing) dan semalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kita terima lamaran tetapi ada mas kahwinnya (syarat),” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »