BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

TUDM terbangkan bayi sakit jantung


KUALA LUMPUR - TUDM melakukan penerbangan ihsan pagi ini membawa seorang bayi perempuan, Nur Amani binti Azmie berusia 3 bulan 15 hari yang mengidap sakit jantung. 

Bayi yang berasal dari Terengganu ini perlu dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan segera untuk masalah jantung yang dialami. 

Pesawat C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang yang ditugaskan untuk melaksanakan penerbangan ihsan  telah berlepas pada jam 8.00 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bagi mengambil pesakit dan selamat mendarat di Subang semula pada jam 10.45 pagi.

Sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang, semua anak kapal serta penumpang telah disinfeksi dan juga menjalani saringan kesihatan sebagai langkah mencegah penyebaran wabak COVID-19. 


Selepas selesai saringan kesihatan, pesakit telah dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Serdang. 

Syabas dan terima kasih kepada anak kapal No 20  Skuadron dan anggota yang terlibat dalam membantu menjayakan penerbangan ihsan ini. 

Seluruh warga TUDM mendoakan agar adik Nur Amani segera sembuh dari penyakitnya dan diberikan kesihatan yang baik.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »